Friday, October 26, 2012

TIPS Untuk Broadband User.


Hari ni Din mendapat request dari dikbi.blogspot.untuk buat entry cara melajukan internet/access internet apabila broadband sudah sampai limit/quota.

Sebelum menerbitkan entri ni Din melakukan beberapa carian tentang broadband yang dah habis quta ni.Mana lah tau ada trik yang lebih senang dari cara din,dan rata-rata tutorial mengunakan cara begini untuk akses internet mengunakan broadband yang sudah habis quota.

Untuk pengetahuan anda Din tak mengunakan broadband Din just pakai moderm (cucuk wayer kuning kat laptop haha) jadi Din nak mintak maaf awal-awal kalau ada kekurangan sebab din x pakai broadband dan din x leh nk feel cara ni haha .

Tips untuk Broadband User yang kehabisan quota :

1.Run > taip cmd dan >ENTER>Kemudian akan keluar command prompt seperti dibawah.



2.Bila dah selesai step 1 sila taip : ipconfig/all atat ipconfig dalam kotak hitam tu .

ok dapat tak ? bila tulis ipconfig/all atau ipconfig dia akan jadi cmni lak . utk pengetahuan aku buat tanpa koneksi internet broadband sbb x de broadband .kalau pakai pun just display moderm pnya x sama mcm broadband.

3.Selepas tu apa yang korang kena buat adalah taip : ping_________ (no internet protocol korang atau no.gateway korang .) segala nombor tu korang leh cari dalam kotak itam tu.dan tekan enter.


kalau tak jadi ping tersebut akan ping " destination lost unreachable" tu bermakna gagal (dalam ni mmg gagal sbb x dak broadband.

X NAMPAK GAMBAR? BOLEH KLIK GAMBAR UTK PEMBESARAN :)

Kalau jadi ianya akan jadi macam ni :

cari dalam kotank hitam tu taw

dalam gambar ni ping mengunakan no.gateway kalau nk ping pakai ip addres pun boleh . untuk mencari ip broadband korang,korang boleh carinya dalam kotak hitam tu . dah berjaya biarkan ping itu teruskan kerjanya utk pinging. :) selesai.

P/S : ah sudah jgan korang lupa nk connect brokband korg tu sudah ye.

Tips untuk Broadband User yang kehabisan quota :(VERSI TANPA GAMBAR )

1.start>Run
2.taip cmd > enter.

akan keluar command prompt.

3.taip ip config/all atau ipconfig.
(akan terpapar segala detail connection. : ip,subnet,gateway,dan dns)

perhatikan segala description connection,pastikan korang perhatikan yang broadband punya.jangan silap.kemudian tengok gateway.

4.taip no gateway tu.
taip :
ping_________ (no gateway korang tau lau nk guna no ip pun boleh cadangan guna no gateway dulu).

pastikan ada reply yang diterima selepas anda tekan enter.dan biarkan ia ping tanpa henti.Biarkan proses ini berterussan selama mana anda online.

Proses ini akan membuatkan anda sentiasa ada connection dan takkan DC dan mempercepatkan penghantaran paket dan penerimaan paket

LAGI SATU CARA UNTUK BROADBAND YANG HABIS LIMIT/QUOTA :

Just copy paste kod dibawah ni dalam notepad dan save dalam bentuk (save as) apa2sajelah.bat dan dabel klik stiap kali korang nk ping. :) :

@echo off
cd\
ping 10.176.44.70-t  

*GANTIKAN NO PING TU DENGAN NO GATEWAY/DNS KORANG*

Sekian . yang lemah dan kurang datangnya dari saya.kunci kejayaan adalah apabila anda dapat no.gateway broadband korang . slamat mencuba.Salam aidil adha #


Hack Time Cyber Cafe Version 2 .

SEGALA MASALAH YANG BAKAL TERJADI DI MASA ANDA SEDANG HACK MASA/TIME DI CYBER CAFE SEKIRANYA TERKANTOI ITU ADALAH MASALAH ANDA SENDIRI.PIHAK KAMI TIDAK BERTANGUNGJAWAB KE ATAS KECEDERAAN ATAU KERUGIAN YANG BAKAL ANDA DAPAT.SEKIAN
Sebelum ni Din ada membuat satu tutorial tentang bagaimana nk hack time cyber cafe.Kali ini Din ingin berkongsi cara bagaimana anda boleh hack time CC tanpa perlu mendownload sebarang software seperti sebelum ini . Klik sini untun melihat entri sebelum ini : http://dingraphic.blogspot.com/2012/09/hack-time-cyber-cafe.html

Hack Time Cyber Cafe Version 2 :

1) open/create  notepad atau new text document 

2)taip CMD > save as > fileanda.bat > save di tempat yang anda boleh capai dgn mudah

3) open fileanda.bat selepas itu akan keluar comand prompt

4) pastu,taip cd\windows > tekan enter > taip regedit

5) akan keluar regedit windows, ikut step dibawah nie:

HKEY_CURRENT USER > appevents > software > classes > microsoft >windows > current version > internet setting > policies > system

6) di sebelahnya right klik pada disable task manager , scroll ke bawah untuk modified dan tukar kepada nilai 0

7) dan buka task manager (tekan CTRL+ALT+DEL) dan disable CC pnya time.

8) WELDONE # kalau tidak berjaya buat lah sampai boleh :) nanti senang2 saya letakkan screenshot utk memudahkan anda Hack Time Cyber Cafe Version 2.







Thursday, October 25, 2012

Pengunaan Patch tool di Photoshop .


Patch tool di dalam photoshop amat jarang din gunakan . Din belajar mengunakan patch tools di blog miaauss.Masa mula-mula blajar tutorial kat sana one word WaW! haha.Ok jangan meroyan lagi sat lagi apa pun tak jadi #
Bagi Din Patch tool dalam photoshop ni din anggap macam first aid yang ada kat rumah kita,tambah-tambah lagi tools tu bnyk bntuk plaster luka :p.So senang cerita adik beradik patch tool ni adalah first aid kepada gambar-gambar yg nk diedit :).

Jom guna Patch tool untuk menghilangkan objek dalam gambar yang kita ingin :

Pertama sekali buka photoshop dan cari patch tool di tools bar.
ke-2 . Dengan mengunakan patch tools tu korang buat selection dengan mengunakannya.just klik mouse dan buat selection bentuk bulat ke ptak ke ikut korang lah :)
ke-3.Dengan mengunakan patch tool jugak .Selepas korang dah buat selection di sekeliling bahagian objek yg korang lenyapkan di alam semesta.Korang just drag/gerakkan selection tu di bahagian yang kosong.mcm gambar dibawah aku drag ke awan :) (mcm gambar di bawah)


Dan bila korang dah siap dragkan yg mcm step 3 tu korang akan nampak dalam selection tu dah mula hilang.Dan bila dah selesai untuk hilangkan selection tadi korang just tekan CTRL+D.dan anda telah pun selesai :)



 Untuk tutorial yang lebih mantap tentang pengunaan patch tool korang boleh usha tutorial ini juga di Blog MIAAUSS.Dikesempatan ini juga Din ingin mengucapkan selamat hari raya aidil adha :) Maaf zahir & Batin


Wednesday, October 24, 2012

SEGMEN COLOUR MONSTER

Klik Banner untuk join
Semalam Din terusha segmen ni.Menarik ni best.Klik banner untuk join.Ni dia doodle yang Din dah colour kan.Done colour Monster #

kalau x nampak jugak klik utk size besar gedabak hehe

^^ jom terjah sini http://nornishanisrina.blogspot.com/2012/10/segmen-colour-monster-by-nisha.html untuk lebih banyak doodle yang lawa yg telah dikalerkan oleh perserta : ).Takmau buat over2 takut jadi photomanipulation pulak haha. Assalamualaikum . Jumpa lagi #





Bananana The Next Big Thing Project


Assalamualaikum..Penah tengok iklan Bananana | The Next Big Thing Project?.Ianya merupakan satu projek besar dimana mengumpulkan hasil-hasil animasi malaysia dan anda perlu mengundi mereka supaya mereka mendapat tajaan dan menyiarkan animasi mereka .

Din sebenarnya amat terkejut dengan idea dan skill-skill animater malaysia yang amat awsome,dan Din pasti dan yakin jika diberi peluang tak mustahil ianya akan menyamai tahap anime-anime jepun .



Antara Animasi yang AWSOME dari Bananana The Next Big Thing Project :
  1. Tenggiling Perak : Aku suka animasi ni kerana jalan cerita seakan-akan naruto tapi bukan naruto.Tenggiling perak tak guna ninja tapi guna pahlawan melayu.Character design pun cun . Overview bila aku tgk kt tonton tadi mmg best mula-mula mak dia kena bunuh.Pastu dia belatih dengan pendekar sampai jadi terer.Dia ada 3 org sahabat 1 prempuan 2 lelaki.Sorang kawan baik dia telah berpihak pada pihak jahat..dan tenggiling perak dalam misi memburu pembunuh maknya dengan kuasa istimewanya.Cepat pergi vote korang tgk preview tenggiling perak ni memang awsome !
  2. Balong : Bila aku tengok balong aku teringan katun orgy & cockroach tu haha kisah tentang ayam yang dah makan durian kesayangan seseorang dan kini tuan durian tu nk balas dendam haha#
  3. Sunsastera : Bila aku tengok oneword WOW ! tak caye pegi tgk sendiri !


Sebenarnya banyak lagi animasi yang hebat tapi sebab banyak sangat . Tapi bila Din tengok Din tak taw nk undi yang mane haha semua hebat-hebat.Din berharap mereka semua berjaya dalam bidang animasi seterusnya dapat membuka mata otaku-otaku malaysia yang sebenarnya kita mempunyai idea dan animasi yang setaraf dengan anime jepun : ). So senang-senang Din VOTE SEMUA LA HAHA  :D 

Baca saje pun susah nk tahu feeling sebenar ce korang pegi try tengok di Bananana The Next Big Thing Project. :



Monday, October 22, 2012

How to Maintenance your site.

Eceh tajuk orang putih pulak dah harini . Walaubagaimanapun harini bukan lah hari bahasa ingeris sedunia . Pada hari ni kita akan melakukan sedikit perkara basic dalam proses Maintenance blog.

How to maintenance your site / Bagaimana nak maintenance laman anda :
  • Periksa berat blog anda secara berkala . Beban akan bertambah mengikut widget yg anda telah tambah.cadangan : buang widget yg tidak diperlukan . Untuk chek klik SINI
  • Scan laman sesawang anda daripada serangan malware atau virus-virus lain . nak scan halaman anda sila klik SINI
  • Periksa kod HTML di site anda dan juga di reka letak anda.
  • minta pandangan pengunjung.seperti yang dilakukan oleh saya supaya saya tahu masalah blog saya.
  • Periksa/Buang pengesahan komen.KLIK SINI dan percayakah anda baru2 tadi blog yg mempunyai 900+ follower masih ada benda ini :)
Sekian sahaja pada hari ini #
P/S : jangan cepat mengelabah relek2 dah.pesanan khidmat masyarakat #



Tak dapat Trafic blog yang sesak ? Kenapa ?


Laporan statistik blog ! Din_Graphic !.Pertama sekali Din ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada visitor-visitor yang tak jemu-jemu mengadap blog budak baru ni.Din harap blog ini dapat memberi informasi kepada anda dan berharap juga tutorial yang Din buat dapat membantu anda.

Sebelum ini blog ! Din_Graphic ! mengunakan template blog yang baru iaitu dinamic view.Ya memang bnyk kelemahan dinamic view antaranya tidak menyokong pelbagai widget dan menyukarkan kita nak edit atau tambah widget.

Dinamic View juga menyukarkan pelawat-pelawat blog Din ini kerana template dinamic view suka hide kotak follower blog.

Walaupun begitu Dinamic view mmpunyai kadar loading yang cepat.Ketika pengunaan template dinamic view Din menerima jumlah page view diantara 100 - 400 dalam sehari.

Tetapi selepas berlakunya perubahan template blog,jumlah page view telah berkurangan kepada 0-50 sahaja.Din berharap pelawat-pelawat ! Din_Graphic ! pengunjung di blog ni dapat memberikan kritikan adakah blog ini terlalu berat atau sebab-sebab lain? kritikan anda amat dihargai.


sekian laporan statistik pada hari ini.Olelelela Olelelela......



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Loading...

FOLLOW ME ?

Google+

CBOX

Entry Panas Speanjang Zaman :


Blogger Popular

Get this widget