Saturday, June 21, 2014

MENGHASILKAN KESAN KHAS CAHAYA

kesan khas cahaya,kesan khas
Menghasilkan kesan khas cahaya lampu.

MENGHASILKAN KESAN KHAS CAHAYA

Assalamualaikum & selamat sejahtera. Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit tutorial bagaimana menghasilkan kesan cahaya lampu.

Kali ini saya ingin menghasilkan kesan cahaya pada lampu kereta BMW ini yang pada asalnya tiada cahaya yang menyinar darinya.

Anda juga boleh mengunakan teknik ini pada apa-apa bentuk design sekalipun.Ianya tidak terhad kepada lampu kereta sahaja.Ianya, bergantung kepada kreativiti anda untuk mengaplikasikannya pada mana-mana sekalipun. 

Okeh takmau buang masa mai follow step by step :

1. Buka gambar yang anda gunakan di dalam photoshop dan create new laye pada atas layer gambar anda :


2. Pada layer 1 tersebut dengan mengunakan elliptical marquee tool buat kat bulatan (Hold Shift utk mendapatkan bulat yg tepat) dan fill kan kaler hitam di dalamnya dengan mengunakan bucket Tools (G)



3. Selesai step yang kedua kita teruskan yang ke 3 . Masih pada layer yang sama. Pergi ke bahagian menu dan pilih FILTER kemudian RENDER dan pilih LENS FLARE.. (FILTER > RENDER > LENS FLARE)


4.Pastikan settingnya sama di dalam gambar ini ataupun anda boleh adjust mengikut kesesuaian anda.


5.Selepas anda klik OK ini hasil yang anda dapat.


6.Masih pada layer yang sama jugak.Tukar kan mode layer tersebut kepada SCREEN.


7.Tekan CTRL+L untuk adjust outlinenya.Adjust pada input level kepada 40 dan klik OK.



8.Kemudian tekan CTRL+U untuk menukar warna pada cahaya tadi..(Jika tak mahu tukar kaler boleh skip)


9.Kemudian untuk finishing tambah sedikit optical flare (Untuk optical flare saya aka berikan link download pada akhir entri ini hanya gunakannya) kemudian tukarkan blend mode layernya kepada Screen dan adjust sedikit opacitynya mengikut sesedap hati anda.



Untuk cahaya lampu pada sebelah satu laginya pula sama sahaja caranya.Nak senang Duplicate je layer yang kita buat tadi. (CTRL+J)

Dan inilah hasilnya.



Seperti ynag dijanjikan anda boleh download gambar yang saya gunakan dan juga lens flare tu di link yang saya sediakan ini :


Apa yang anda belajar pada akhir tutorial ini adalah bagaimana menghasilkan kesan cahaya yang realistic di dalam photoshop.Tahniah anda selangkah kehadapan bersama photoshop anda pada ketika ini.Anda juga boleh mengkaji lebih lagi dengan beberapa eksperimen yg lain.Ianya menjanjikan hasil yang menarik pada setiap artwork anda.Kongsi-kongsikan lah hasilnya kepada saya untuk tontonan pembaca.
Tuesday, June 17, 2014

4 SEBAB MENGAPA DESIGNER MENYESAL BELAJAR GRAPHIC DESIGN.

customerdarineraka


4 SEBAB MENGAPA DESIGNER MENYESAL BELAJAR GRAPHIC DESIGN


1. Kerenah client yang pelik-pelik (Clients from hell)
Function kami sebagai designer adalah untuk menghasilkan imej baru untuk client berdasarkan brief yang diberi. Kami sudah dilatih bermain dengan warna, konsep, imej dan pengolahan idea. Oleh itu, dengarlah nasihat dan cadangan kami. Apa gunanya hire kami sebagai designer kalau tak nak ikut cadangan dan visual yang kami sediakan. Kami tahu apa yang anda mahukan dan kami boleh bekerja mengikut spesifikasi projek.
Jadi tolonglah jangan bagi idea pelik-pelik dan minta yang bukan-bukan dari kami. Situasi ini sering terjadi jika client yang dibincangkan terdiri dari badan-badan kerajaan. Aku sangat sedih dengan mentaliti orang kita.
“Tak boleh pakai color ni, nanti diorang ingat event pembangkang pulak.”
“Mana gambar Dato’ / Datin / Menteri / Dr?”
“Logo ni kena ikut susunan”
“Boleh tak pakai gambar ni?” Dan besarkan?” (bagi gambar kecil dalam words. Celaka!)
Maka terhasillah visual-visual aneh dan merosakkan mata, seumpama iklan ubat besarkan saiz zakar di facebook, iklan jamu dan ubat jerawat seperti dalam majalah mastika atau design “Gomen” yang lebih mementingkan membodek dan ass-kissing orang atasan dari mesej yang cuba disampaikan dalam visual tersebut.
2. Gaji kecil / Kerja banyak
Perkara ini memang sudah menjadi tradisi dalam industri graphic design di Malaysia. Walaupun dalam resume sudah tertera pengalaman bekerja yang agak memuaskan, kebanyakan company masih akan hire designer dengan gaji untuk fresh graduate. Bayar murah dapatlah hasil murah.
3. Waktu kerja yang tidak menentu
Satu lagi tradisi yang menjadi trademark industri graphic design. Masuk kerja awal, balik lewat, kadang-kadang hingga lewat pagi. Kenapa kami selalu kena stayback? Baca point-point berikutnya.
4. Perangai Boss / Supervisor / Art Director (konon-kononnya) / Client yang sangat menjengkelkan.
Mari aku terangkan dengan teliti apa yang berlaku. Untuk sampai ke tahap final, design yang akan digunakan dalam sesuatu projek advertisement atau campaign atau apa-apa projek yang berkait dengan gaphic design, kami perlu mendapatkan pengesahan atau proceed design daripada mereka-mereka dalam list ini. Memang kami tidak pernah akan mencapai final design dalam masa yang singkat atau dalam rekaan idea yang pertama.
Bila semua perlu ditukar, tambah itu ini, tukar gambar, tukar color, ada sahaja yang tidak kena. Apabila amendment sudah siap, orang-orang yang bertanggungjawab “melepaskan” design kami akan menghilangkan diri, balik awal atau meeting. Jahanam.
Agak mustahil boleh jumpa dengan cepat dan mudah. Yang memeningkan kami, progress mesti on time, kalau lambat, graphic designer yang akan kena maki dulu, walhal progress kerja kami tergendala dek kerana mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.
Mereka akan maki, marah, kutuk dan bermacam lagi perbuatan yang boleh mencabar kesabaran kami, sedangkan mereka tahu, orang atasan yang patut lebih peka dan membantu kami menyiapkan projek. Biadap.
Maka, berduyun-duyunlah designer berkampung di office kerana nak siapkan projek sebab petang tadi time orang punch out balik, baru design approve, siap ada amendment, esok pagi bos / client nak tengok. Tak ke celaka sungguh perangai mereka ini?
Secara jujurnya inilah yang kami sebagai graphic designer terpaksa tempuh setiap hari.Kehadiran anda sebagai client kadang-kadang memberi sinar bahagia kepada kami dan kadang-kala ianya mendatangkan musibah / bencana besar kepada kami.

Alaah...kerja korang senang je amik gambar pastu edit2 je
Seriusly ayat ini la yang paling pak kof berbulu telingan aku dengar. Kepada org yg berpendapat mcm tu sila pergi terjun bagunan jgn dtg kepada kami.Buat sendiri.Saya percaya output anda sampah ..ya realy sampah *Geram sangat*

Agak penat malam ni nak menulis penat kerja -_- jadi nantikan entry sambungan kepada entry ini.

Owh lupa yang disenaraikan bukan 4 sahaja ianya adalah 10 sebab untuk membaca 6 sebab lagi sila ke pautan ini.

>KLIK<

Anda di senarai number berapa ya ?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Page Rank

FOLLOW ME ?

CBOX

Entry Panas Speanjang Zaman :


Blogger Popular

Get this widget