Wednesday, July 23, 2014

Mengakses kesan khas photography pada Adobe Photoshop CS6

photoshop cs6

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..Pejam celik puasa pun dah nak tinggalkan kita syawal pulak bakal menjelma..First syawal comfem ramai antara korang yang akan bergambar..yela kumpul keluarga setahun sekali utk kenangan.Disebabkan itu juga din akan kongsikan sikit tutorial efek gambar ala-ala mcm instagram gitu di dalam photosho.

" Eleh buat apa guna photoshop,guna je istagram dpt trus gambar mcm ni x yah pening klik butang " ahh x kisah nak share jugak tak berguna utk anda tapi mungkin berguna utk designer-designer di luar sana utk menghasilkan kerja mereka (diorang tak pakai instagram buat keje :| serius)

Mengakses Kesan Khas Photography di photoshop cs6 yang tersembunyi.

Pada kali ini saya a.k.a Din akan mengonsikan cara bagaimana anda dapat akses ke kesan tersembunyi tersebut.

Pertama sekali open (buka) gambar anda yang ingin anda gunakan pada photoshop.Dan kemudian tekan adjustment "GRADIENT"


Kedua,Selepas itu anda akan dapati akan muncul satu layer gradient tersebut..ok sekarang dengan rakus anda boleh double klik kotak gradient tu (seperti di dalam kotak merah)


Selepas,anda double klik dengan rakusnya akan keluar kotak setting utk gradient tersebut.sekali lagi klik gambar di dalam kotak merah dan keluar macam2 gradient dan sekarang pilih "PHOTOGRAPHIC TONING"

Lepas dah setel semua tu..orite weldone anda dah berjaya..kalau effect tu terlampau terang dan kuat anda boleh slowkannya degan mengurangkan opacity pada layer gradient itu.

Selamat Mencuba.


Owh ya dikesempatan ini Din mengucapkan Selamat menyambut hari Raya AidilFitri kepada semua pembaca dan follower blog ini..nak bagi kad raya pun dah lambat ni..nah kat sini je lah.
Segala kekasan percakapan dan tulisan Din memohon ampun dari hujung semanjung sampai hujung kaki.
Salam 0-0
Jum Like page Din Graphic di facebook : KLIK SINI UTK DIRECT KE FAN PAGE DINGRAPHIC




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Page Rank

FOLLOW ME ?

CBOX

Entry Panas Speanjang Zaman :


Blogger Popular

Get this widget