Sunday, October 26, 2014

HASILKAN REKAAN IFOGRAFIK ANDA SENDIRI DARI PELAYAR WEB ANDA.



infographic

INFOGRAPHIC merupakan satu cara yang terbaik dan berkesan dalam menyampaikan maklumat,data dan angka dalam bentuk yang menarik.

Tetapi untuk menghasilkan infographic adalah sesuatu yang sukar dan memerlukan kepakaran dalam bidang grafik dan sebagainya . Tetapi kini anda boleh menghasilkan infografik dengan hanya mengunakan pelayar web anda. layari PIKTOCHART.

piktochar,infographic
klik me!
Untuk maklumat anda semua piktochart membolehkan para pengguna mengunakan platform mereka dalam menghasilkan infografik yang menarik yang boleh dihasilkan secara terus di laman sesawang mereka.

Melalui perkhidmatan ini anda memerlukan akaun anda sendiri.Anda boleh login dengan mengunakan emeil anda, facebook atau hasilkan account anda di situ (bukan akaun premium mendapat akses yang terhad).

infographic,piktochart
Daftar masuk.

infographic
Langkah-langkah mudah!

Jom! Hasilkan infographic anda sendiri!
Hari ini !

PiktoChart



Tuesday, September 23, 2014

PENGENALAN ASAS FUNGSI 3D DI ADOBE ILLUSTRATOR

3D IN ADOBE ILLUSTRATOR

Assalamualaikum..Pada kali ini Din akan come out dengan tutorial berkaitan dengan Adobe Illustrator pulak. Selama ni asyik belambak dengan photoshop jadi kali ni kita akan bedah siasat Adobe Illustrator iaitu adik/abang kepada Photoshop.

Untuk hari ini kita akan berkenalan dengan fungsi 3D di Adobe Illustrator. Tanpa membuang modal air liur yang banyak mari kita bedah siasat adobe illustrator pada kali ini !.


ADOBE ILLUSTRATOR

Mengahasil kan kesan 3D di adobe illustrator tidak serumit yang anda fikirkan. Apa yang anda perlu lakukan adalah "shape" (apa bentuk pun takpe) dan MENU > EFFECT>3D>EXTRUDE & BEVEL. anda juga boleh memilih Revolve atau rotate tetapi kali ini Din akan guna Extrude & Bevel.

Pada gambar rajah tersebut anda boleh lihat bagaimana kotak dan bintang itu menjadi 3D yang pada asalnya ianya berbentuk flat.

EFFECT 3D ini juga boleh diaplikasikan pada teks . berikut adalah contoh teks yang di 3D kan.

OWH jika berat anda boleh " EXPAND APPEARENCE" untun mendapatkan image shape penuh yang boleh diedit.

___________________________________________________________



Di dalam interface kotak effect 3D anda boleh cuba dgn klik position atau apa2 sahaja untuk menghasilkan kesan yang bersesuaian dengan anda.

Oleh itu sekian sahaja dari saya Din untuk kali ini. Sekarang tak usah melangut jum cuba main 3D di Illustrator. ianya tidaklah seperti software 3D yang lain. InsyaAllah lepasni tutorial 3D di Adobe Photoshop ataupun Menghasilkan halftone effect di Illustrator..

ANDA PILIH ! :)

JIKA ANDA DAPATI GAMBAR YANG DIPAPARKAN PADA ENTRY INI TERKELUAR DARI KOTAK SILA MAKLUMKAN PADA SYA..RESOLUTION SKRIN KITA BERBEZA.SY AKAN ADJUST KEMBALI



Sunday, September 14, 2014

TEMPAHAN VECTOR DIBUKA

DESIGN UNTUK DIJUAL,DESIGN FOR SALE,T-SHIRT DESIGN
T-SHIRT DESIGN FOR SALE
Assalamualaikum semua,Vector potrait kembali lagi.Kali ini lebih berkualiti dari sebelum ni.Jadi anda amatlah bertuah kerana pada kali ini Din Graphic sedang melakukan promosi untuk tempahan vector potrait.

Harga untuk sebuah Vector potrait pada harga promosi adalah RM20 sahaja (Harga Normal RM50 ke atas) jadi jangan lepaskan peluang ? jom tempah dengan Din Graphic harini juga .

Apa yang anda perlu sediakan :

1.Gambar.(kualiti gambar baik,hasil pun baik)
2.Kesabaran.

Apa yang menarik :

*100% VECTOR (ADOBE ILLUSTRATOR) anda boleh gunakan vector anda untuk pelbagai kegunaan* (MASTER FILE BERASINGAN PERLU DIBELI)

*RM 20 anda akan dapat gambar vector anda format JPG,PNG,PDF(setting for printing)*



CONTOH VECTOR POTRAIT
SEBARANG tempahan anda boleh lah ke wall facebook saya (Khairudin Rahman) ataupun like page saya (Din Graphic) KLIK PAUTAN UTK TERUS KE PAGE : K L I K  S I N I


*Boleh juga like di tepi sidebar blog din ni :) LIKE N SHARE ye :D*

*IKLAN*


DESIGN T-SHIRT UNTUK DIJUAL







Wednesday, July 23, 2014

Mengakses kesan khas photography pada Adobe Photoshop CS6

photoshop cs6

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..Pejam celik puasa pun dah nak tinggalkan kita syawal pulak bakal menjelma..First syawal comfem ramai antara korang yang akan bergambar..yela kumpul keluarga setahun sekali utk kenangan.Disebabkan itu juga din akan kongsikan sikit tutorial efek gambar ala-ala mcm instagram gitu di dalam photosho.

" Eleh buat apa guna photoshop,guna je istagram dpt trus gambar mcm ni x yah pening klik butang " ahh x kisah nak share jugak tak berguna utk anda tapi mungkin berguna utk designer-designer di luar sana utk menghasilkan kerja mereka (diorang tak pakai instagram buat keje :| serius)

Mengakses Kesan Khas Photography di photoshop cs6 yang tersembunyi.

Pada kali ini saya a.k.a Din akan mengonsikan cara bagaimana anda dapat akses ke kesan tersembunyi tersebut.

Pertama sekali open (buka) gambar anda yang ingin anda gunakan pada photoshop.Dan kemudian tekan adjustment "GRADIENT"


Kedua,Selepas itu anda akan dapati akan muncul satu layer gradient tersebut..ok sekarang dengan rakus anda boleh double klik kotak gradient tu (seperti di dalam kotak merah)


Selepas,anda double klik dengan rakusnya akan keluar kotak setting utk gradient tersebut.sekali lagi klik gambar di dalam kotak merah dan keluar macam2 gradient dan sekarang pilih "PHOTOGRAPHIC TONING"

Lepas dah setel semua tu..orite weldone anda dah berjaya..kalau effect tu terlampau terang dan kuat anda boleh slowkannya degan mengurangkan opacity pada layer gradient itu.

Selamat Mencuba.


Owh ya dikesempatan ini Din mengucapkan Selamat menyambut hari Raya AidilFitri kepada semua pembaca dan follower blog ini..nak bagi kad raya pun dah lambat ni..nah kat sini je lah.
Segala kekasan percakapan dan tulisan Din memohon ampun dari hujung semanjung sampai hujung kaki.
Salam 0-0
Jum Like page Din Graphic di facebook : KLIK SINI UTK DIRECT KE FAN PAGE DINGRAPHIC




Wednesday, July 16, 2014

Bagaimana Anda boleh Berjuang Bersama Palestine

palestin,gaza

#Assalamualaikum .
Ramadhan. Ramadhan merupakan bulan bermulanya kembali serangan ganas israel terhadap penduduk palestin. Tiada yang lain sasarannya wanita,kanak-kanak dan harta benda di palestine. Tidak cukup dengan itu bekalan air dan elektrik juga terputus dari palestine,ianya merupakan satu penjara halimunan gergasi kepada mereka.

Dunia BISU,BUTA & PEKAK.

Apa yang terjadi amatlah menyedihkan. Malang bagi palestin,dikelilingi oleh jiran-jiran negara islam tapi jirannya pula cacat penglihatan dan pendegaran.Sudah terjatuh baru nak bertindak gamaknya. Terima kasih kepada yang perihatin. Anda telah membuktikan yang di atas muka bumi ini masih wujud manusia yang terjamin manusianya.

Anda tidak perlu menjadi marvel avenger superhero ataupun president sebuah negara.Apa yang anda perlukan adalah menjadi manusia.seriusly.

APAKAH YANG BOLEH ANDA LAKUKAN ?

Nak bicara perkara ni terlalu banyak yang anda boleh lakukan .

jika anda :
-Blogger : Teruskan menyampai berita dan sokongan terhadap palestin dan umat-umat islam yang ditindas di dalam penulisan anda.

-Designer : Terus hasilkan karya yang menyokong palestin. Percayalah hasil karya anda mampu menjadi perang saraf yang berkesan terhadap israel..buat fakta dan infographic kekejaman israel.

-Berdoa : Semua manusia mampu melakukannya.

Tak kiralah apa kerja anda..Apa yang anda perlu buat hanyala SPEAK THE TRUTH , EXPLAIN THE TRUTH , AND SPREAD THE TRUTH.

Kerahkan segala kepakaran anda untuk mereka.

SITUASI HARI INI .

Beberapa hari lepas kita telah menyaksikan beberapa kumpulan hacker Malaysia telah melakukan serangan terhadap beratus-ratus laman sesawang di israel.Jika dilihat pada serangan Anonymous terhadap israel sebelum ini telah berjaya membuat israel kerugian data-data sensitif dan berjuta-juta hanya disebabkan mereka.

I give massive respect for these people,sebab tak mampu angkat senjata tapi mampu guna kemahiran utk membantu saudara mereka

ISU PALESTIN MAKIN KIAN MENYEPI.

Saya berharap isu ini bukanlah pada bulan dan minggu ini sahaja.Jadikan ia terus viral di dunia..Apa yang berlaku CDM 25 lebih trending dan membutakan mata kita seketika.Semakin kurangnya share di FB ..kalau lihat sebelum ni setiap 5 minit sentiasa update situasi di sana..skrg..anda boleh lihat.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapat hasil-hasil graphic terhadap isu palestin boleh download secara percuma dia laman web ini :

GRAFIK MALAYA


Saturday, June 21, 2014

MENGHASILKAN KESAN KHAS CAHAYA

kesan khas cahaya,kesan khas
Menghasilkan kesan khas cahaya lampu.

MENGHASILKAN KESAN KHAS CAHAYA

Assalamualaikum & selamat sejahtera. Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit tutorial bagaimana menghasilkan kesan cahaya lampu.

Kali ini saya ingin menghasilkan kesan cahaya pada lampu kereta BMW ini yang pada asalnya tiada cahaya yang menyinar darinya.

Anda juga boleh mengunakan teknik ini pada apa-apa bentuk design sekalipun.Ianya tidak terhad kepada lampu kereta sahaja.Ianya, bergantung kepada kreativiti anda untuk mengaplikasikannya pada mana-mana sekalipun. 

Okeh takmau buang masa mai follow step by step :

1. Buka gambar yang anda gunakan di dalam photoshop dan create new laye pada atas layer gambar anda :


2. Pada layer 1 tersebut dengan mengunakan elliptical marquee tool buat kat bulatan (Hold Shift utk mendapatkan bulat yg tepat) dan fill kan kaler hitam di dalamnya dengan mengunakan bucket Tools (G)



3. Selesai step yang kedua kita teruskan yang ke 3 . Masih pada layer yang sama. Pergi ke bahagian menu dan pilih FILTER kemudian RENDER dan pilih LENS FLARE.. (FILTER > RENDER > LENS FLARE)


4.Pastikan settingnya sama di dalam gambar ini ataupun anda boleh adjust mengikut kesesuaian anda.


5.Selepas anda klik OK ini hasil yang anda dapat.


6.Masih pada layer yang sama jugak.Tukar kan mode layer tersebut kepada SCREEN.


7.Tekan CTRL+L untuk adjust outlinenya.Adjust pada input level kepada 40 dan klik OK.



8.Kemudian tekan CTRL+U untuk menukar warna pada cahaya tadi..(Jika tak mahu tukar kaler boleh skip)


9.Kemudian untuk finishing tambah sedikit optical flare (Untuk optical flare saya aka berikan link download pada akhir entri ini hanya gunakannya) kemudian tukarkan blend mode layernya kepada Screen dan adjust sedikit opacitynya mengikut sesedap hati anda.



Untuk cahaya lampu pada sebelah satu laginya pula sama sahaja caranya.Nak senang Duplicate je layer yang kita buat tadi. (CTRL+J)

Dan inilah hasilnya.



Seperti ynag dijanjikan anda boleh download gambar yang saya gunakan dan juga lens flare tu di link yang saya sediakan ini :


Apa yang anda belajar pada akhir tutorial ini adalah bagaimana menghasilkan kesan cahaya yang realistic di dalam photoshop.Tahniah anda selangkah kehadapan bersama photoshop anda pada ketika ini.Anda juga boleh mengkaji lebih lagi dengan beberapa eksperimen yg lain.Ianya menjanjikan hasil yang menarik pada setiap artwork anda.Kongsi-kongsikan lah hasilnya kepada saya untuk tontonan pembaca.
Tuesday, June 17, 2014

4 SEBAB MENGAPA DESIGNER MENYESAL BELAJAR GRAPHIC DESIGN.

customerdarineraka


4 SEBAB MENGAPA DESIGNER MENYESAL BELAJAR GRAPHIC DESIGN


1. Kerenah client yang pelik-pelik (Clients from hell)
Function kami sebagai designer adalah untuk menghasilkan imej baru untuk client berdasarkan brief yang diberi. Kami sudah dilatih bermain dengan warna, konsep, imej dan pengolahan idea. Oleh itu, dengarlah nasihat dan cadangan kami. Apa gunanya hire kami sebagai designer kalau tak nak ikut cadangan dan visual yang kami sediakan. Kami tahu apa yang anda mahukan dan kami boleh bekerja mengikut spesifikasi projek.
Jadi tolonglah jangan bagi idea pelik-pelik dan minta yang bukan-bukan dari kami. Situasi ini sering terjadi jika client yang dibincangkan terdiri dari badan-badan kerajaan. Aku sangat sedih dengan mentaliti orang kita.
“Tak boleh pakai color ni, nanti diorang ingat event pembangkang pulak.”
“Mana gambar Dato’ / Datin / Menteri / Dr?”
“Logo ni kena ikut susunan”
“Boleh tak pakai gambar ni?” Dan besarkan?” (bagi gambar kecil dalam words. Celaka!)
Maka terhasillah visual-visual aneh dan merosakkan mata, seumpama iklan ubat besarkan saiz zakar di facebook, iklan jamu dan ubat jerawat seperti dalam majalah mastika atau design “Gomen” yang lebih mementingkan membodek dan ass-kissing orang atasan dari mesej yang cuba disampaikan dalam visual tersebut.
2. Gaji kecil / Kerja banyak
Perkara ini memang sudah menjadi tradisi dalam industri graphic design di Malaysia. Walaupun dalam resume sudah tertera pengalaman bekerja yang agak memuaskan, kebanyakan company masih akan hire designer dengan gaji untuk fresh graduate. Bayar murah dapatlah hasil murah.
3. Waktu kerja yang tidak menentu
Satu lagi tradisi yang menjadi trademark industri graphic design. Masuk kerja awal, balik lewat, kadang-kadang hingga lewat pagi. Kenapa kami selalu kena stayback? Baca point-point berikutnya.
4. Perangai Boss / Supervisor / Art Director (konon-kononnya) / Client yang sangat menjengkelkan.
Mari aku terangkan dengan teliti apa yang berlaku. Untuk sampai ke tahap final, design yang akan digunakan dalam sesuatu projek advertisement atau campaign atau apa-apa projek yang berkait dengan gaphic design, kami perlu mendapatkan pengesahan atau proceed design daripada mereka-mereka dalam list ini. Memang kami tidak pernah akan mencapai final design dalam masa yang singkat atau dalam rekaan idea yang pertama.
Bila semua perlu ditukar, tambah itu ini, tukar gambar, tukar color, ada sahaja yang tidak kena. Apabila amendment sudah siap, orang-orang yang bertanggungjawab “melepaskan” design kami akan menghilangkan diri, balik awal atau meeting. Jahanam.
Agak mustahil boleh jumpa dengan cepat dan mudah. Yang memeningkan kami, progress mesti on time, kalau lambat, graphic designer yang akan kena maki dulu, walhal progress kerja kami tergendala dek kerana mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.
Mereka akan maki, marah, kutuk dan bermacam lagi perbuatan yang boleh mencabar kesabaran kami, sedangkan mereka tahu, orang atasan yang patut lebih peka dan membantu kami menyiapkan projek. Biadap.
Maka, berduyun-duyunlah designer berkampung di office kerana nak siapkan projek sebab petang tadi time orang punch out balik, baru design approve, siap ada amendment, esok pagi bos / client nak tengok. Tak ke celaka sungguh perangai mereka ini?
Secara jujurnya inilah yang kami sebagai graphic designer terpaksa tempuh setiap hari.Kehadiran anda sebagai client kadang-kadang memberi sinar bahagia kepada kami dan kadang-kala ianya mendatangkan musibah / bencana besar kepada kami.

Alaah...kerja korang senang je amik gambar pastu edit2 je
Seriusly ayat ini la yang paling pak kof berbulu telingan aku dengar. Kepada org yg berpendapat mcm tu sila pergi terjun bagunan jgn dtg kepada kami.Buat sendiri.Saya percaya output anda sampah ..ya realy sampah *Geram sangat*

Agak penat malam ni nak menulis penat kerja -_- jadi nantikan entry sambungan kepada entry ini.

Owh lupa yang disenaraikan bukan 4 sahaja ianya adalah 10 sebab untuk membaca 6 sebab lagi sila ke pautan ini.

>KLIK<

Anda di senarai number berapa ya ?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FOLLOW ME ?

Google+

CBOX

Blog Archive

Entry Panas Speanjang Zaman :


Blogger Popular

Get this widget