Sunday, October 26, 2014

HASILKAN REKAAN IFOGRAFIK ANDA SENDIRI DARI PELAYAR WEB ANDA.



infographic

INFOGRAPHIC merupakan satu cara yang terbaik dan berkesan dalam menyampaikan maklumat,data dan angka dalam bentuk yang menarik.

Tetapi untuk menghasilkan infographic adalah sesuatu yang sukar dan memerlukan kepakaran dalam bidang grafik dan sebagainya . Tetapi kini anda boleh menghasilkan infografik dengan hanya mengunakan pelayar web anda. layari PIKTOCHART.

piktochar,infographic
klik me!
Untuk maklumat anda semua piktochart membolehkan para pengguna mengunakan platform mereka dalam menghasilkan infografik yang menarik yang boleh dihasilkan secara terus di laman sesawang mereka.

Melalui perkhidmatan ini anda memerlukan akaun anda sendiri.Anda boleh login dengan mengunakan emeil anda, facebook atau hasilkan account anda di situ (bukan akaun premium mendapat akses yang terhad).

infographic,piktochart
Daftar masuk.

infographic
Langkah-langkah mudah!

Jom! Hasilkan infographic anda sendiri!
Hari ini !

PiktoChart



Tuesday, September 23, 2014

PENGENALAN ASAS FUNGSI 3D DI ADOBE ILLUSTRATOR

3D IN ADOBE ILLUSTRATOR

Assalamualaikum..Pada kali ini Din akan come out dengan tutorial berkaitan dengan Adobe Illustrator pulak. Selama ni asyik belambak dengan photoshop jadi kali ni kita akan bedah siasat Adobe Illustrator iaitu adik/abang kepada Photoshop.

Untuk hari ini kita akan berkenalan dengan fungsi 3D di Adobe Illustrator. Tanpa membuang modal air liur yang banyak mari kita bedah siasat adobe illustrator pada kali ini !.


ADOBE ILLUSTRATOR

Mengahasil kan kesan 3D di adobe illustrator tidak serumit yang anda fikirkan. Apa yang anda perlu lakukan adalah "shape" (apa bentuk pun takpe) dan MENU > EFFECT>3D>EXTRUDE & BEVEL. anda juga boleh memilih Revolve atau rotate tetapi kali ini Din akan guna Extrude & Bevel.

Pada gambar rajah tersebut anda boleh lihat bagaimana kotak dan bintang itu menjadi 3D yang pada asalnya ianya berbentuk flat.

EFFECT 3D ini juga boleh diaplikasikan pada teks . berikut adalah contoh teks yang di 3D kan.

OWH jika berat anda boleh " EXPAND APPEARENCE" untun mendapatkan image shape penuh yang boleh diedit.

___________________________________________________________



Di dalam interface kotak effect 3D anda boleh cuba dgn klik position atau apa2 sahaja untuk menghasilkan kesan yang bersesuaian dengan anda.

Oleh itu sekian sahaja dari saya Din untuk kali ini. Sekarang tak usah melangut jum cuba main 3D di Illustrator. ianya tidaklah seperti software 3D yang lain. InsyaAllah lepasni tutorial 3D di Adobe Photoshop ataupun Menghasilkan halftone effect di Illustrator..

ANDA PILIH ! :)

JIKA ANDA DAPATI GAMBAR YANG DIPAPARKAN PADA ENTRY INI TERKELUAR DARI KOTAK SILA MAKLUMKAN PADA SYA..RESOLUTION SKRIN KITA BERBEZA.SY AKAN ADJUST KEMBALI



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Page Rank

FOLLOW ME ?

CBOX

Entry Panas Speanjang Zaman :


Blogger Popular

Get this widget